Tuesday, October 31, 2006

EBOOK PENTERNAKAN IKAN TILAPIA

E-book: Penternakan Asas Ikan Talapia

Senarai Kandungan e-book;

1. Pelaksanaan benih talapia(telur - benih ikan /anak ikan)

-Pendahuluan & keperluan benih Talapia
-Pembaikan kolam
-Induk dan baka
-Baja kolam
-Makanan
Makanan induk & Makanan anak
-Airator
-Tangki Fiberglass
-Pam air
-Pukat
-SangkarNetlon
-Mesin Pengisar'Himmer Mill"
-Beg plastik
-Balang gas oksigen
-Mesin memproses makanan
-Operasi pembiakan benih
-Kadar Pengeluaran Rega dan anak
-Menghadapi musim hujan
-Menggred Anak Ikan
-Pembungkusan anak ikan
-Contoh kos projek pembiakan benih talapia


2. Panduan ternakan ikan talapia(benih ikan - dewasa)

-Pengenalan ikan talapia
-Pasaran dan permintaan ikan talapia yang meningkat
-Pemilihan kawasan yang baik untuk memulakan ternakan ikan talapia
-Pembinaan kolam
-Penyediaan kolam sebelum benih dimasukkan
-Cara pelepasan benih kedalam kolam
-Makanan harian'
-Kawalan harian
-Penuaian
-Pengangkutan untuk pasaran



Panduan asas yang mudah difahami..
Harga kami hanya RM10.00

Keterangan lanjut,hubungi admin fishplaza2@gmail.com

Friday, October 20, 2006

Selamat Hari Raya

As"kom..

Selamat menyambut hari raya.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin dari admin Fishplaza.


*Kami akan bercuti pada 21.10.2006 - 30.10.2006.
Kami akan menyediakan banyak lagi e-book untuk ternakan ikan air tawar.
Rancangan lepas raya;
-E-book untuk ternakan ikan air tawar...ikan siakap/keli/kerapu
-E-book untuk ternakan ikan perhiasan....
Nantikan e-book tersebut lepas hari raya ini....

Hati-hati di jalan raya.

Wassalam

Friday, October 13, 2006

E-book senarai pembekal ikan air tawar/udang

Disini kami ada menyediakan e-book untuk penternak-penternak mencari pembekal benih-benih ikan air tawar,udang harimau dan udang galah.
E-book ini mengandungi senarai pembekal benih anak ikan dan udang mengikut negeri.Buat masa ini kami hanya dapat mengumpulkan senarai pembekal di seluruh negeri iaitu;

Perak(27 pembekal) - udang harimau/talapia
Sabah(54 pembekal) - udang harimau/talapia
Johor(59 pembekal) - Ikan Air Payau /udang harimau
Melaka(13 pembekal) - Ikan Air Tawar/Udang Harimau /TERNAKAN UDANG /Keli/ Keli/ Tilapia Merah/ Puyu

Negeri Sembilan(17 pembekal) - Udang Harimau/udang galah/keli/Tilapia

Selangor(52 pembekal) - Keli/KAP RUMPUT/KELI JELAWAT / Jenahak/ Ketam/Keli Patin/Katak/Haruan/ Baung / Lampam Jawa /udang harimau

Pulau Pinang ( 50 pembekal) -Kerapu/ Siakap/ Jenahak /Udang Harimau /Tilapia Merah /
Perlis ( 2 pembekal) - udang harimau
Kedah(23 pembekal) - Kerapu/ Siakap/Udang Harimau/Siput Sudu/ Tiram/

Terengganu(8 pembekal) - Siakap/baung/talapia merah/patin/keli/talapia/jelawat
Kelantan(4 pembekal) - udang harimau/Keli
Pahang(3 pembekal) - Belut/talapia/ merah/udang harimau

Didalam e-book ini terdapat nama pembekal,alamat dan no telepon.Anda akan dapat mencari apa yang anda kehendaki secara terus kepada pembekal.
Untuk mendapatkan e-book ini hubungi admin fishplaza, ia cuma berharga RM10.90 sahaja.

*Tidak semua senarai pembekal di seluruh negeri ini mempunyai no telepon,tetapi semua pembekal ini mempunyai senarai alamat yang lengkap.Harap maklum

Sila hubungi fishplaza2@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Menternak Ikan Dalam Sangkar Menguntungkan!!

KOLAM konkrit yang digunakan sebagai tempat menyimpan air akan hilang fungsinya berikutan semakin ramai petani dan penternak menyedari kelebihannya dari segi ekonomi dan menjadikan kolam itu sebagai tempat menternak ikan. Penggunaan kolam yang menjimatkan, praktikal dan selesa daripada bau hanyir dan tanah bukan saja memudahkan petani mengawal ternakan malah mereka dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran menerusi teknologi moden.

Bukan itu saja, sistem penternakan ikan dalam sangkar terbuka sama ada di pantai, tasik, tali air, lombong atau kawasan terbiar adalah antara kaedah menternak ikan bagi tujuan komersil. Di Malaysia, banyak projek sangkar terbuka sama ada di pantai atau tasik berjaya meningkatkan jumlah pembenihan ikan dan produktiviti pengeluaran ikan.

Antara projek ternakan ikan air masin dalam sangkar terbuka yang diusahakan di perairan Pulau Nangka, Melaka. Projek ini dijalankan secara teknologi tinggi menggunakan sangkar Polietelina Berkepadatan Tinggi (HDPE) yang tahan lama berbanding sangkar kayu. Peralatan dan mekanisasi canggih kawalan dan penyeliaan digunakan melalui kaedah HDPE.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Mohd Mazlan Jusoh berkata, sistem ternakan ikan di kolam konkrit dapat meningkatkan hasil ternakan ikan air tawar negara pada kadar 200,000 tan metrik setahun. Sistem kolam terdiri daripada beberapa komponen utama seperti kolam konkrit, alat pengudaraan yang dapat mengekalkan paras oksigen, dinding pemisah konkrit bagi mengawal arah aliran air supaya bergerak searah dan alat untuk menuai ikan serta cawangan untuk bahan sisa.

Dalam usaha menyelaras perkembangan industri perikanan, katanya, kerajaan memberi penekanan kepada kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan menubuhkan sebuah pusat penyelidikan perikanan air tawar di Negeri Sembilan. Menurut Berita Perikanan, apabila siap pada 2002, pusat itu yang bernilai kira-kira RM65 juta akan memainkan peranan utama dalam R&D perikanan air tawar dan menjadi pusat maklumat dan pengembangan teknologi akuakultur air tawar.

Ketua Jabatan Sumber Akuatik Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu, Aizam Zainal Abidin berkata, potensi penternakan ikan di negara ini adalah sangat besar kerana ia mempunyai nilai pulangan yang tinggi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan bekalan ikan import.

Pengaliran keluar wang bukan saja dapat dielakkan malah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Katanya, promosi kerajaan untuk membangunkan industri akuakultur bertepatan pada masanya iaitu ketika negara masih bergantung besar kepada ikan import.

"Promosi kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi meningkatkan penternakan dan pengeluaran ikan tempatan dijangka memberi kesan besar kepada penduduk yang terbabit secara langsung dalam industri perikanan. Malah, pelancaran mohor perdagangan (trade mark) bandar tertentu di beberapa negeri seperti "Temerloh Sebagai Bandar Ikan Patin" dapat menarik pelaburan swasta," katanya baru-baru ini.

Sesuai dengan perkembangan semasa, pembangunan industri perikanan di negara ini terbukti dengan bertambahnya jumlah projek ternakan ikan termasuk di dalam sangkar terbuka yang dipasang di dalam air. Kejayaan projek ternakan ikan dalam sangkar terbuka, tali air sawah dan kolam konkrit di Tasik Kenyir (Terengganu), Bachok dan Kubang Kerian (Kelantan) membuktikan bahawa industri berkenaan mempunyai potensi besar untuk berkembang.

Kerajaan bergiat untuk mempromosi dan meningkatkan industri perikanan tempatan secara komersil supaya negara tidak terlalu bergantung kepada ikan import. Oleh itu, kerajaan mengambil berat keperluan dan perkembangan industri perikanan yang diletakkan di bawah Jabatan Perikanan.

Malah dalam pembentangan belanjawan 2000 baru-baru ini Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin mengumumkan keputusan bahawa kerajaan berusaha meningkatkan sektor pertanian menerusi peruntukan RM1.05 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan sektor pertanian. program ini termasuk meningkatkan kualiti dan produktiviti hasil pertanian di samping memantapkan sistem dan pemasarannya. Kerajaan berharap dengan adanya program ini, bilangan import makanan dijangka dapat dikurangkan.

Daim berkata, "Pembangunan sektor pertanian akan dimantapkan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) yang dirangka adalah visi baru bagi pembangunan sektor pertanian. Ini adalah iltizam kerajaan untuk memaksimumkan hasil pendapatan dan mengoptimumkan penggunaan sumber pertanian melalui pemodenan dan pendekatan secara komersil."

DPN3 menyatakan bahawa sumber semulajadi termasuk perhutanan, air dan sumber marin akan terus dibangunkan dan diuruskan secara mapan. Malah DPN3 turut mensasarkan pertumbuhan sektor perikanan sebanyak 3.1% setahun dari RM1.8 bilion pada 1995 kepada RM2.9 bilion menjelang 2010. Sumbangannya kepada sektor pertanian dijangka meningkat daripada 11.2% pada 1995 kepada 13% pada tahun 2010 manakala kepentingan sumbangannya naik dari tempat ketiga ke tempat kedua selepas kelapa sawit menjelang tahun 2010.

DPN3 juga mensasarkan bahawa jumlah pengeluaran sektor perikanan dijangka meningkat daripada 1.24 juta tan pada 1995 kepada 1.93 jua tan metrik menjelang tahun 2010. Pengeluaran perikanan laut dalam menyumbang 434,000 tan, perikanan pantai kekal pada 900,000 tan dan akuakultur 600,000 tan setahun menjelang tahun 2010. Dengan unjuran positif dalam industri perikanan negara, ia dijangka dapat membuka peluang pembangunan kepada industri sokongan termasuk pengeluaran makanan dan benih ikan.

Permintaan ke atas ikan dan produknya juga dijangka meningkat daripada 809,300 tan pada 1995 kepada 1.59 juta tan pada 2010. Penggunaan perkapita ikan negara pula naik daripada 39.1 kilogram pada 1995 kepada 56 kilogram pada 2010, menurut Berita Perikanan.

Alternatif teknologi penternakan ikan moden seperti ikan dalam sangkar dapat meningkatkan pengeluaran ikan. Sangkar ikan lebih mudah dikendalikan serta dapat meningkatkan pengeluaran hasil, kata Mazlan, sambil menambah, potensi perikanan akuakultur membabitkan projek ternakan sangkar terbuka adalah kaedah yang paling praktikal bagi meningkatkan jumlah ikan. Ia menggalakkan produktiviti hasil ikan malah persekitarannya sesuai untuk kehidupan ikan.

Lawatan penulis ke sebuah pusat ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir mendapati bahawa kaedah itu adalah lebih mudah diselaraskan. Ini kerana ia hanya membabitkan kaedah pengurusan seperti jadual memberi makan kepada ikan dan pembenihan ikan.

Seorang penternak ikan yang sudah mengusahakan ternakan ikan air tawar sejak lima tahun lalu iaitu Zahkari Mohamad, 30-an, berkata teknologi sangkar ikan air yang digunakannya adalah rekaan terbaru Jabatan Perikanan. Menurutnya, sehingga kini, ada kira-kira 2,800 hektar kawasan di Tasik Kenyir yang sudah dijadikan sangkar terbuka oleh pengusaha chalet dan ikan kecil-kecilan.

Beliau berkata, penggunaan sangkar ikan air tawar dapat meningkatkan lebih 100% ikan air tawar seperti tilapia merah, lampam jawa, patin dan kap tahun lalu berbanding kira-kira 10 tahun lalu. Kaedah ini belum popular ketika itu.

Seorang pegawai Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang bertanggungjawab atas pembangunan Tasik Kenyir berkata, Tasik Kenyir amat popular dengan pelbagai spesies ikan air tawar. Dalam tempoh setahun, tasik itu mampu mengeluarkan antara 25 dan 50 metrik tan ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang dipelihara di Tasik Kenyir ialah ikan bilis air tawar dan spesies itu dijangka dapat menyumbang hasil pengeluaran bilis air tawar antara lima dan lapan tan setahun.

Sementara itu, Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Jajahan Bachok, Azizan Ahmad berkata, kaedah penternakan ikan di tali air sawah pula dikenal pasti lebih menjimatkan. Ini kerana petani hanya perlu menggunakan sumber sedia ada malah ikan yang diternak diakui pembeli kawasan sekitar tidak terjejas dari segi mutu dan rasa.

Katanya, ini disebabkan air yang digunakan di tali air adalah bersih. Projek sangkar ikan itu mampu mengeluarkan antara 1,500 dan 2,000 tilapia dalam masa enam bulan dalam setiap sangkar berkelulusan 50 kaki panjang dan 100 kaki lebar.

Kesimpulannya, usaha menggiatkan penternakan ikan secara akuakultur sama ada ikan air tawar atau ikan air masin adalah strategi serampang dua mata kerajaan untuk meningkatkan industri perikanan tempatan. Antara kelebihan yang diperolehi ialah ia dapat meningkatkan jumlah ikan dan mengurangkan import ikan luar negara.

Projek sangkar ikan juga dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup dan menambah pendapatan mereka dengan menternak ikan di pantai, tasik, kolam, lombong tinggal dan tali air secara komersil.

Monday, October 09, 2006

E-book

Dapatkan e-book mengenai

IKAN SIAKAP
- Jenis dan spesifikasi
- Gred
- Keperluan Pasaran
- Penyimpanan

IKAN KELI
- Jenis dan spesifikasi
- Gred
- Keperluan Pasaran
- Penyimpanan


IKAN TALAPIA

- Jenis dan spesifikasi
- Gred
- Keperluan Pasaran
- Penyimpanan


+

Free
Syarat kehidupan dan kualiti air ternakan ikan air tawar

Keterangan lanjut hubungi admin fishplaza
fishplaza2@gmail.com

Friday, October 06, 2006

Kolam Ternak Ikan


Salah satu teknik pembenihan benih anak ikan atau udang galah.
Teknik ini dalam hendaklah di buat dikawasan
tertutup/berbumbung.









Contoh kolam asuhan ikan air tawar yang dibuat menggunakan simen.Untuk modal yang lebih besar dan kuantiti produk yang banyak.








Kolam ternakan ikan air tawar.

e-book percuma

Kepada yang berminat untuk mendapatkan e-book percuma mengenai
CONTOH KIRA-KIRA CARA PERUSAHAAN UDANG GALAH

Pembenihan Udang galah
Pelaburan
Kos
Keuntungan
Perbelanjaan
Pendapatan

Pembesaran udang galah
Kos pembinaan kolam
Kos pusingan
Pengurangan
Keuntungan



Untuk mendapatkan e-book percuma ini,sila hubungi admin di
fishplaza2@gmail.com

Wednesday, October 04, 2006

EBOOK PENTERNAKAN UDANG GALAH

Topik-topik dalam Fishplaza e-book;

Mengenal udang galah

Kawasan pemeliharaan udang galah

Teknik/petua- petua yang berkesan untuk penternakan

Makanan berkualiti dan bermutu tinggi untukUdang galah

Serangan Penyakit dan masalah-masalah lain

Tip-tip/Petua untuk menternak

Langkah-langkah penuaian

Jika berminat, sila hubungi kami di fishplaza2@gmail.com

untuk tempahan panduan ternakan udang galah.

Dapatkan segera ebook ini dengan harga RM12.00 sahaja!!

Tuesday, October 03, 2006

Pembekal Benih Udang

BENIH UDANG


En. Zabmir bin. Baharuddin atau Pn. Roszimah bt. Mohd Diah
Kuala Selangor
RM0.18 seekor

************************************************************************************
Tiada antibiotik
Bebas dari pencemaran dan penyakit White Sport (Pengesahan dari kuarintin kesihatan ikan & udang Malaysia).
Penghantaran terus ke tempat projek pelanggan (termasuk khidmat nasihat).
Penghantaran dibuat pada umur 25 hari & berukuran PL16-PL18.
Purata pelanggan boleh menjual hasil udang dari benih yang kami bekalkan dalam tempoh diantara 90-105 hari.

*************************************************************************************
Sila hubungi admin fishplaza untuk maklumat lanjut
fishplaza2@gmail.com

Monday, October 02, 2006

Pembekal Ikan Air Tawar

New!!!!!!

Membekalkan anak ikan air tawar kepada penternak penternak yang berminat, jenis jenis ikan ialah keli talapia ,sepat,haruan dan puyu ......

Penternak Ikan air tawar
Mohd Zaibani Husain
Sungai Besar Selangor

Untuk keterangan lanjut sila hubungi admin Fishplaza...
fishplaza2@gmail.com

Industri akuakultur di Malaysia

Ikan untuk keperluan manusia dan haiwan hampir keseluruhannya ditangkap dari laut. Walaupun industri perikanan semakin maju dengan penggunaan teknologi dan kaedah-kaedah baru yang canggih tetapi satu perkara masih tidak berubah iaitu penangkapan ikan dari habitat asal mereka. Akhir-akhir ini pelbagai masalah telah melanda industri perikanan. Antaranya adalah penangkapan berlebihan yang melanggar undang-undang yang menghadkan penangkapan, sistem kuota serta larangan penangkapan spesis tertentu. Selain itu masalah pencemaran air samada daripada pembuangan sisa toksik dari kilang, tumpahan minyak atau racun serangga dan rumpai juga telah menggugat industri perikanan dan akuakultur.Akuakultur bukanlah penyelesaian kepada masalah industri perikanan. Ia adalah salah satu cara untuk menampungi bekalan makanan dari laut. Definasi akuakultur bermaksud menternak spesis hidupan (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. Matlamat utamanya adalah:1. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan dan,2. Untuk menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada.Sejarah akuakultur di Malaysia bermula sejak 1930an yang dilakukan secara kecil-kecilan. Industri ini mula berkembang pada sekitar tahun 1970an terutamanya dalam ternakan udang, kerang dan ikan (termasuk ikan hiasan) yang kini menjadi industri komersil yang menjanjikan pulangan lumayan. Menurut perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia, di seluruh negara terdapat kawasan perairan tasik dan empangan seluas 89,260 hektar yang boleh digunakan untuk ternakan dalam sangkar, manakala kawasan tanah seluas 30,000 ha untuk ternakan kolam. Di samping itu, seluas 3,000 hektar lagi di Tasik Kenyir telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan akuakultur.Antara kawasan-kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium. Manakala spesis-spesis ternakan pula (berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perikanan Malaysia) adalah seperti tilapia, keli, baung, patin, temoleh, jelawat, lampam, karp, haruan, udang galah dan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan kerapu, siakap, jenahak, udang harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.

Mencari Pembekal Udang Galah

Kedah


1. Othman b. Ahmad
Baling
Kg. Ulu Legong, MK Siong, Baling

Udang Galah

2. Abd. Rahim b. Ahmad
Baling
Kg. Ulu Legong, MK Siong, Baling
Udang Galah


more.....

Perak


1. Amran b. Ahmad
Padang Rengas
Lot 773, Kg. Chuar Hulu Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak
Udang Galah

2. Dara bt. Mohd Noh
Bukit Gantang
Lot 1249 Kampong Kubu, Bukit Gantang, 34030 Taiping Perak
Asuhan Udang Galah

more......

Selangor


1.Osman b. Mohd
Kuala Selangor
No. 3, Lot 1260, Batu 14 1/2 Jalan Kapar, 42200 Klang, Selangor
Penetasan Udang

more.....

Johor


1. Ahmad b. Hasan @ Mizan
Mersing Selatan
Jalan Haji Taib, Batu 4 Kampong Tenglu Laut, Mersing, Johor
Udang Harimau

2. Aziz b. Sulaiman
Mersing Selatan
Km.7, Jalan Endau, Kg. Tenglu Laut, 86800 Mersing, Johor
Udang Harimau

3. Mohd b. Mesan
Mersing Selatan
Kampong Tenglu Laut, 86800 Mersing, Johor
Udang Harimau

more...

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi pihak fishplaza untuk maklumat no telepon & pembekal-pembekal lain udang galah ini.
fishplaza2@gmail.com



Pinjaman MARA

Untuk Pengusaha Sektor Pertanian/Penternakan yang berisiko rendah dengan tempoh tuaian yang sederhana panjang.

Projek-projek yang boleh dibiayai oleh MARA dikhususkan kepada pembangunan tanah terbiar meliputi usahawan tani yang menceburi bidang pertanian secara komersial seperti berikut :_

a. Pertanian :
Tanaman kontang (cash crop) seperti jagung dan sebagainya.
b. Perikanan :
Membuka kolam ikan/udang, ternakan ikan/udang dlam sangkar
c. Penternakan :
Menternak lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh, burung unta dan sebagainya.

d. Tanaman Hiasan (Florikultur) :
Tanaman bunga-bungaan, tanaman hiasan dan benih pokok.

Pembiayaan yang disediakan meliputi :-

a) Modal untuk pembersihan/penyelenggaraan ladang
b) Penyediaan kolam/sangkar ikan.
c) Penyediaan untuk membina/senggaraan kawasan/tempat penternakan
d) Benih/baka dan sebaginya
e) Peralatan/jentera
f) Modal Pusingan

Kumpulan Sasar :

a) Golongan petani di kawasan luar bandar yang mempunyai tapak sendiri/sewa. Keutamaan
diberikan untuk pembangunan tanah terbiar.
b) Keutamaan diberikan kepada usahawan tani yang berpengalaman dalam mengusahakan
ladang, kolam, pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan dan bercadang untuk
membesarkan usaha-usaha taninya secara komersial.
c) Graduan dari institusi pengajian tinggi contohnya graduan diploma/ijazah dalam bidang
pertanian yang bercadang untuk melibatkan diri dalam perniagaan.

Click here http://www.mara.gov.my/bpn/

Ikan Basah

IKAN BASAH ( BORONG )

Jenis ikan yang diniagakan oleh NEKMAT adalah seperti berikut:

Ikan Kembung.
Ikan Cencaru.
Ikan Selar.
Ikan Kerisi.
Ikan Tenggiri.
Ikan Selayang.
Ikan Tongkol.
Ikan Merah.

Ikan Jenahak.
Ikan Tamban.
Ikan Pelaling.
Ikan Siakap.
Ketam.
Sotong.
Kupang.
Udang

Jenis ikan yang diperlukan oleh NEKMAT adalah seperti berikut: - Ikan Jenahak. 1-3 (kg / ekor ) - Ikan Merah. 1-3 (kg / ekor ) - Ikan Nyok-Nyok. 1-3 (kg / ekor) - Ikan Tenggiri. 800 gm -3 (kg / ekor ) - Ikan Selar. 2-4 (ekor / kg) - Ikan Kembung. 2-4 (ekor / kg) Pusat Penyimpanan Ikan Beku Untuk Sewaan : - NEKMAT Taman Wahyu 600 metrik tan - NEKMAT Chendering 100 metrik tan. - NEKMAT Sungai Petani 100 metrik tan. - NEKMAT Klang 460 metrik tan.

PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN (NEKMAT)
NO. 152, Tingkat 1, Jln 2/3A, Pusat Bandar Utara, Km 12, Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 603-61361808/61374701/
61374753/61383854
Fax: 603-61387819

Email:
info@nekmat.com

Friday, September 29, 2006

Tips awal penternakan

Mengkaji lokasi kawasan ternakan
Pasaran udang galah di sekitar kawasan
Kolam pembenihan udang galah
Kolam penternakan udang galah
Kemudahan elektrik serta perhubungan yang baik
Pembajaan
Penebaran benih udang galah
Pemeliharaan dan pemuliharaan kolam penternakan
Proses pemindahan benih ke kolam pembesaran
Pemiliharaan anak udang galah di kolam pembesaran
Penuaian udang galah
Hasil penternakan udang galah


Hasil boleh diperolehi dalam masa setahun

Thursday, September 28, 2006

Ternakan Ikan keli1

UMUMNYA pemeliharaan atau ternakan ikan keli yang diusahakan secara terbuka dan lepas bebas seperti di kawasan petak sawah padi yang luas, jarang dapat ditemui di negara ini.

Kebanyakannya dipelihara di kawasan khas yang disediakan seperti kolam atau kolah yang lebih terkawal dan memerlukan penjagaan rapi.

Bagi mereka yang menternak untuk tujuan komersial, pastinya penggunaan kaedah pengurusan lebih moden dari segi sains dan teknologi, tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, berlainan halnya dengan enam penduduk di Kampung Pengkalan Gong, Pulau Chondong, Machang, Kelantan apabila mereka memilih menternak ikan keli dari jenis bunga dan lembut di kawasan terbuka dengan mengamalkan kaedah tradisional.

Mereka adalah kumpulan pertama petani di negeri itu yang mempelopori kaedah penternakan ikan keli bagi tujuan komersial dengan menggunakan kaedah tradisional yang dikenali sebagai kaedah 'Integrated Pest Management' atau lebih dikenali sebagai kaedah 'IPM' dengan bantuan Jabatan Pertanian daerah.

Kaedah IPM atau juga dikenali sebagai kaedah 'Pengurusan Makhluk Perosak Bersepadu' yang digunakan oleh petani berkenaan, bukan sahaja dapat mengekalkan habitat asal ikan keli itu seperti di sawah padi tetapi dapat mengekalkan rasa serta keasliannya.

Ketua kumpulan penternak ikan keli terbabit, Hassan Kadir, 52, berkata penggunaan kaedah IPM memberi banyak kelebihan, sekali gus lebih menguntungkan peserta, terutama petani.

Katanya, sebelum ini tanaman padi di kawasan itu banyak diserang musuh atau makhluk perosak tetapi sejak ternakan ikan keli di sawah, ia dapat membantu mengawal musuh berkenaan.

"Penggunaan kaedah IPM ini begitu mudah, tidak memerlukan modal besar dan mudah diuruskan di samping pulangannya lumayan," katanya.

Seorang lagi peserta, Wan Ahmad Wan Derahman, 57, berkata dari segi kualiti, rasa dan keaslian ikan keli yang diternak melalui kaedah itu jauh lebih baik dan sedap berbanding kaedah lain sebelum ini.

Beliau yang pernah dua kali terbabit dalam penternakan ikan keli sebelum menggunakan kaedah itu berkata, permintaan ikan keli diternak melalui kaedah itu lebih tinggi dan digemari ramai.

"Kami membiarkan ikan keli ini bebas di sawah padi mencari makanan sendiri dan sudah tentu rasanya lebih asli dan enak dimakan. Dan ini adalah satu sebab ia mendapat pernintaan menggalakkan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Jajahan, Sulaiman Sultan Maideen, ketika ditemui berkata kejayaan enam petani terbabit menternak ikan keli di kawasan sawah padi seluas kira-kira 2.5 hektar di Kampung itu membanggakan.

Katanya, penggunaan kaedah itu akan diperluaskan ke seluruh jajahan berkenaan dalam usaha mengetengahkan ternakan ikan secara lebih komersial pada masa depan.

Katanya, penggunaan kaedah IPM itu dianggap sebagai kaedah 'dua dalam satu' yang lebih mudah dan menguntungkan, sekali gus dapat membantu meningkatkan hasil tanaman padi.

"Dalam masa yang sama, penggunaan kaedah IPM ini dapat membantu mengawal makhluk perosaka tanaman padi dan ia sama sekali bebas daripada penggunaan racun bagi menguruskan tanaman padi.

"Ikan keli yang dipeliharan di kawasan petak sawah padi ini akan dikurung di dalam petak khas selama enam minggu sebelum ia dilepas bebas di kawasan yang lebih luas mencari makanan sendiri seperti rumput, cacing dalam tanah dan pelbagai makhluk perosak tanaman padi," katanya.

Setakat ini, projek berkenaan menampakkan hasil dan kejayaan yang membanggakan apabila ternakan ikan keli berkenaan sudah mula dijual kepada umum serta pasaran luar.

Beliau berkata, kajian yang dilakukan mendapati hasil tanaman padi yang diusahakan oleh petani disamping ternakan ikan keli di dalamnya meningkat setiap hektar.

"Pelaksanaan projek ini memberi peluang kepada petani memperolehi dua hasil dalam satu masa yang sama, iaitu hasil padi yang meningkat dan ikan keli," katanya.

Menurutnya, pada peringkat permulaan, setiap peserta dibekalkan sebanyak 1,000 ekor benih anak ikan keli dan selepas 70 hari ternakan ini boleh dipungut dan memberikan hasil lumayan kepada peserta.

Sulaiman berkata, projek berkenaan adalah kali ketiga diusahakan oleh petani berkenaan dan biasanya mereka memperolehi purata pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan setiap peserta.

"Petani memungut sendiri ikan keli peliharaan mereka dan dijual terus kepada orang ramai di tepi jalan raya berhampiran kawasan sawah padi berkenaan.

"Selain itu, ikan keli ini juga dijual ke kawasan luar dan biasanya dengan harga RM5 sekilogram," katanya.

Udang Galah

Pengenalan udang galah.

Udang galah merupakan sejenis udang air tawar yang mempunyai
peluang yang cerah untuk diusahakan secara besar-besaran.
Udang galah sesuai dijadikan bahan eksport utama kerana mempunyai
ukuran tubuh yang besar dan rasa dagingnya yang sedap seperti rasa
lobster.

Disebabkan permintaan yang tinggi di dalam industri pemakanan udang galah ini
mula diternak secara besar-besaran.Sebagai contoh permintaaan dari restoran
makanan laut dan hotel.Pelbagai keadeh telah dijalankan untuk
meningkatkan kuantiti pengeluaran udang galah ini.

Kekurangan maklumat terkini tentang teknik pemeliharaan dan penghasilan
udang galah menyababkan industri pengeluaran udang galah ini menurun.


Kepada yang berminat bolehlah menghubungi terus kepada kami melalui email
fishplaza2@gmail.com .

Pengenalan

Assalammualaikom...

Selain ilmu dari segi kejuruteraan, saya juga berminat untuk melibatkan diri dalam bidang akuakultur khususnya dalam bidang ternakan ikan air tawar@ udang galah. Sebagai bumiputera, bidang usahawan ini merupakan satu landasan untuk kita menambahkan pendapatan dan ilmu pengetahuan. Ternakan ikan air tawar juga menjanjikan pulangan yang amat berbaloi jika ia dilaksanakan secara profesional. Secara amnya, ternakan ikan/udang yang dibuat mengikut ciri-ciri asas dan pelaksanaan yang betul akan membantu individu atau sesuatu kumpulan menjalankan program penternakan dari peringkat permulaan. Sebagai contoh, persediaan awal untuk menyediakan tempat, kos penyenggaraan, benih ikan, penjagaan, kawalan benih dan sebagainya. Ramai diantara kita sedang mencari maklumat-maklumat tersebut untuk permulaan sebagai usahawan muda. Jika cara penyenggaraan dijalankan dengan betul kita mampu memperolehi pendapatan RM3000 sebulan dan mungkin lebih dari itu.

Untuk pengetahuan saudara/saudari, tidak ramai lagi yang menceburi dalam bidang ini, khususnya untuk ternakan udang galah( harga jualan pasaran 1 KG = RM30), cuba bayangkan jika menternak udang galah 1000 KG. Malah ikan kelah, tengalan, jelawat , temoleh (kelah hidup RM 100 sekilo! ). Insyallah, jika kita mula dengan perancangan yang betul dan teratur, kita akan mendapat hasil yang membanggakan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pendapat dan idea untuk saudara/saudarijadikan panduan permulaan ternakan air tawar khususnya. Saya juga mendapat respon dari saudara/saudari yang berminat untuk mencari benih ternakan ikan/udang galah dan juga hasil ikan yang telah dewasa untuk masakan. Dilaman web saya ini juga, saya juga menyediakan perkihmatan kepada pihak yang mempunyai hasil benih dan produk hasil ternakan untuk mengiklankan produk kepada pelanggan. Laman web ini bertujuan memudahkan pihak pembeli dan juga penjual khususnya mencari maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan berkesan tanpa mencari satu persatu didalam internet. Buat masa ini, ramai yang berminat untuk menceburi ternakan ikan air tawar ini, tetapi maklumat untuk pembeli dan penjual amat terhad. Disamping itu juga saya akan sentiasa memperbaharui segala maklumat mengenai panduan permulaan menternak ikan air tawar/udang galah ini. Saya akan nyatakan maklumat terperinci mengenai benih ternakan mengikut jenis ikan/udang,harga benih ternakan dan hasil baka ternakan,cara /teknik menjaga@menternak benih. Untuk mencari penjual,saya akan senaraikan produk ternakan ikan/udang yang dikehendaki. Disamping itu, maklumat untuk mencari penjual dan mencari pembeli seperti nombor telefon dan juga alamat lengkap turut disertakan. Oleh itu, pembeli dan penjual untuk ternakan ini akan dapat berhubung antara satu sama lain mengikut kesesuaian masing-masing. Amat menyenangkan untuk kedua-dua belah pihak tanpa bersusah payah untuk mencari maklumat yang dikehendaki secara terus.