Friday, September 29, 2006

Tips awal penternakan

Mengkaji lokasi kawasan ternakan
Pasaran udang galah di sekitar kawasan
Kolam pembenihan udang galah
Kolam penternakan udang galah
Kemudahan elektrik serta perhubungan yang baik
Pembajaan
Penebaran benih udang galah
Pemeliharaan dan pemuliharaan kolam penternakan
Proses pemindahan benih ke kolam pembesaran
Pemiliharaan anak udang galah di kolam pembesaran
Penuaian udang galah
Hasil penternakan udang galah


Hasil boleh diperolehi dalam masa setahun

Thursday, September 28, 2006

Ternakan Ikan keli1

UMUMNYA pemeliharaan atau ternakan ikan keli yang diusahakan secara terbuka dan lepas bebas seperti di kawasan petak sawah padi yang luas, jarang dapat ditemui di negara ini.

Kebanyakannya dipelihara di kawasan khas yang disediakan seperti kolam atau kolah yang lebih terkawal dan memerlukan penjagaan rapi.

Bagi mereka yang menternak untuk tujuan komersial, pastinya penggunaan kaedah pengurusan lebih moden dari segi sains dan teknologi, tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, berlainan halnya dengan enam penduduk di Kampung Pengkalan Gong, Pulau Chondong, Machang, Kelantan apabila mereka memilih menternak ikan keli dari jenis bunga dan lembut di kawasan terbuka dengan mengamalkan kaedah tradisional.

Mereka adalah kumpulan pertama petani di negeri itu yang mempelopori kaedah penternakan ikan keli bagi tujuan komersial dengan menggunakan kaedah tradisional yang dikenali sebagai kaedah 'Integrated Pest Management' atau lebih dikenali sebagai kaedah 'IPM' dengan bantuan Jabatan Pertanian daerah.

Kaedah IPM atau juga dikenali sebagai kaedah 'Pengurusan Makhluk Perosak Bersepadu' yang digunakan oleh petani berkenaan, bukan sahaja dapat mengekalkan habitat asal ikan keli itu seperti di sawah padi tetapi dapat mengekalkan rasa serta keasliannya.

Ketua kumpulan penternak ikan keli terbabit, Hassan Kadir, 52, berkata penggunaan kaedah IPM memberi banyak kelebihan, sekali gus lebih menguntungkan peserta, terutama petani.

Katanya, sebelum ini tanaman padi di kawasan itu banyak diserang musuh atau makhluk perosak tetapi sejak ternakan ikan keli di sawah, ia dapat membantu mengawal musuh berkenaan.

"Penggunaan kaedah IPM ini begitu mudah, tidak memerlukan modal besar dan mudah diuruskan di samping pulangannya lumayan," katanya.

Seorang lagi peserta, Wan Ahmad Wan Derahman, 57, berkata dari segi kualiti, rasa dan keaslian ikan keli yang diternak melalui kaedah itu jauh lebih baik dan sedap berbanding kaedah lain sebelum ini.

Beliau yang pernah dua kali terbabit dalam penternakan ikan keli sebelum menggunakan kaedah itu berkata, permintaan ikan keli diternak melalui kaedah itu lebih tinggi dan digemari ramai.

"Kami membiarkan ikan keli ini bebas di sawah padi mencari makanan sendiri dan sudah tentu rasanya lebih asli dan enak dimakan. Dan ini adalah satu sebab ia mendapat pernintaan menggalakkan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Jajahan, Sulaiman Sultan Maideen, ketika ditemui berkata kejayaan enam petani terbabit menternak ikan keli di kawasan sawah padi seluas kira-kira 2.5 hektar di Kampung itu membanggakan.

Katanya, penggunaan kaedah itu akan diperluaskan ke seluruh jajahan berkenaan dalam usaha mengetengahkan ternakan ikan secara lebih komersial pada masa depan.

Katanya, penggunaan kaedah IPM itu dianggap sebagai kaedah 'dua dalam satu' yang lebih mudah dan menguntungkan, sekali gus dapat membantu meningkatkan hasil tanaman padi.

"Dalam masa yang sama, penggunaan kaedah IPM ini dapat membantu mengawal makhluk perosaka tanaman padi dan ia sama sekali bebas daripada penggunaan racun bagi menguruskan tanaman padi.

"Ikan keli yang dipeliharan di kawasan petak sawah padi ini akan dikurung di dalam petak khas selama enam minggu sebelum ia dilepas bebas di kawasan yang lebih luas mencari makanan sendiri seperti rumput, cacing dalam tanah dan pelbagai makhluk perosak tanaman padi," katanya.

Setakat ini, projek berkenaan menampakkan hasil dan kejayaan yang membanggakan apabila ternakan ikan keli berkenaan sudah mula dijual kepada umum serta pasaran luar.

Beliau berkata, kajian yang dilakukan mendapati hasil tanaman padi yang diusahakan oleh petani disamping ternakan ikan keli di dalamnya meningkat setiap hektar.

"Pelaksanaan projek ini memberi peluang kepada petani memperolehi dua hasil dalam satu masa yang sama, iaitu hasil padi yang meningkat dan ikan keli," katanya.

Menurutnya, pada peringkat permulaan, setiap peserta dibekalkan sebanyak 1,000 ekor benih anak ikan keli dan selepas 70 hari ternakan ini boleh dipungut dan memberikan hasil lumayan kepada peserta.

Sulaiman berkata, projek berkenaan adalah kali ketiga diusahakan oleh petani berkenaan dan biasanya mereka memperolehi purata pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan setiap peserta.

"Petani memungut sendiri ikan keli peliharaan mereka dan dijual terus kepada orang ramai di tepi jalan raya berhampiran kawasan sawah padi berkenaan.

"Selain itu, ikan keli ini juga dijual ke kawasan luar dan biasanya dengan harga RM5 sekilogram," katanya.

Udang Galah

Pengenalan udang galah.

Udang galah merupakan sejenis udang air tawar yang mempunyai
peluang yang cerah untuk diusahakan secara besar-besaran.
Udang galah sesuai dijadikan bahan eksport utama kerana mempunyai
ukuran tubuh yang besar dan rasa dagingnya yang sedap seperti rasa
lobster.

Disebabkan permintaan yang tinggi di dalam industri pemakanan udang galah ini
mula diternak secara besar-besaran.Sebagai contoh permintaaan dari restoran
makanan laut dan hotel.Pelbagai keadeh telah dijalankan untuk
meningkatkan kuantiti pengeluaran udang galah ini.

Kekurangan maklumat terkini tentang teknik pemeliharaan dan penghasilan
udang galah menyababkan industri pengeluaran udang galah ini menurun.


Kepada yang berminat bolehlah menghubungi terus kepada kami melalui email
fishplaza2@gmail.com .

Pengenalan

Assalammualaikom...

Selain ilmu dari segi kejuruteraan, saya juga berminat untuk melibatkan diri dalam bidang akuakultur khususnya dalam bidang ternakan ikan air tawar@ udang galah. Sebagai bumiputera, bidang usahawan ini merupakan satu landasan untuk kita menambahkan pendapatan dan ilmu pengetahuan. Ternakan ikan air tawar juga menjanjikan pulangan yang amat berbaloi jika ia dilaksanakan secara profesional. Secara amnya, ternakan ikan/udang yang dibuat mengikut ciri-ciri asas dan pelaksanaan yang betul akan membantu individu atau sesuatu kumpulan menjalankan program penternakan dari peringkat permulaan. Sebagai contoh, persediaan awal untuk menyediakan tempat, kos penyenggaraan, benih ikan, penjagaan, kawalan benih dan sebagainya. Ramai diantara kita sedang mencari maklumat-maklumat tersebut untuk permulaan sebagai usahawan muda. Jika cara penyenggaraan dijalankan dengan betul kita mampu memperolehi pendapatan RM3000 sebulan dan mungkin lebih dari itu.

Untuk pengetahuan saudara/saudari, tidak ramai lagi yang menceburi dalam bidang ini, khususnya untuk ternakan udang galah( harga jualan pasaran 1 KG = RM30), cuba bayangkan jika menternak udang galah 1000 KG. Malah ikan kelah, tengalan, jelawat , temoleh (kelah hidup RM 100 sekilo! ). Insyallah, jika kita mula dengan perancangan yang betul dan teratur, kita akan mendapat hasil yang membanggakan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pendapat dan idea untuk saudara/saudarijadikan panduan permulaan ternakan air tawar khususnya. Saya juga mendapat respon dari saudara/saudari yang berminat untuk mencari benih ternakan ikan/udang galah dan juga hasil ikan yang telah dewasa untuk masakan. Dilaman web saya ini juga, saya juga menyediakan perkihmatan kepada pihak yang mempunyai hasil benih dan produk hasil ternakan untuk mengiklankan produk kepada pelanggan. Laman web ini bertujuan memudahkan pihak pembeli dan juga penjual khususnya mencari maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan berkesan tanpa mencari satu persatu didalam internet. Buat masa ini, ramai yang berminat untuk menceburi ternakan ikan air tawar ini, tetapi maklumat untuk pembeli dan penjual amat terhad. Disamping itu juga saya akan sentiasa memperbaharui segala maklumat mengenai panduan permulaan menternak ikan air tawar/udang galah ini. Saya akan nyatakan maklumat terperinci mengenai benih ternakan mengikut jenis ikan/udang,harga benih ternakan dan hasil baka ternakan,cara /teknik menjaga@menternak benih. Untuk mencari penjual,saya akan senaraikan produk ternakan ikan/udang yang dikehendaki. Disamping itu, maklumat untuk mencari penjual dan mencari pembeli seperti nombor telefon dan juga alamat lengkap turut disertakan. Oleh itu, pembeli dan penjual untuk ternakan ini akan dapat berhubung antara satu sama lain mengikut kesesuaian masing-masing. Amat menyenangkan untuk kedua-dua belah pihak tanpa bersusah payah untuk mencari maklumat yang dikehendaki secara terus.