Assalammualaikom...
Selain ilmu dari segi kejuruteraan, saya juga berminat untuk melibatkan diri dalam bidang akuakultur khususnya dalam bidang ternakan ikan air tawar@ udang galah. Sebagai bumiputera, bidang usahawan ini merupakan satu landasan untuk kita menambahkan pendapatan dan ilmu pengetahuan. Ternakan ikan air tawar juga menjanjikan pulangan yang amat berbaloi jika ia dilaksanakan secara profesional. Secara amnya, ternakan ikan/udang yang dibuat mengikut ciri-ciri asas dan pelaksanaan yang betul akan membantu individu atau sesuatu kumpulan menjalankan program penternakan dari peringkat permulaan. Sebagai contoh, persediaan awal untuk menyediakan tempat, kos penyenggaraan, benih ikan, penjagaan, kawalan benih dan sebagainya. Ramai diantara kita sedang mencari maklumat-maklumat tersebut untuk permulaan sebagai usahawan muda. Jika cara penyenggaraan dijalankan dengan betul kita mampu memperolehi pendapatan RM3000 sebulan dan mungkin lebih dari itu.
Untuk pengetahuan saudara/saudari, tidak ramai lagi yang menceburi dalam bidang ini, khususnya untuk ternakan udang galah( harga jualan pasaran 1 KG = RM30), cuba bayangkan jika menternak udang galah 1000 KG. Malah ikan kelah, tengalan, jelawat , temoleh (kelah hidup RM 100 sekilo! ). Insyallah, jika kita mula dengan perancangan yang betul dan teratur, kita akan mendapat hasil yang membanggakan.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pendapat dan idea untuk saudara/saudarijadikan panduan permulaan ternakan air tawar khususnya. Saya juga mendapat respon dari saudara/saudari yang berminat untuk mencari benih ternakan ikan/udang galah dan juga hasil ikan yang telah dewasa untuk masakan. Dilaman web saya ini juga, saya juga menyediakan perkihmatan kepada pihak yang mempunyai hasil benih dan produk hasil ternakan untuk mengiklankan produk kepada pelanggan. Laman web ini bertujuan memudahkan pihak pembeli dan juga penjual khususnya mencari maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan berkesan tanpa mencari satu persatu didalam internet. Buat masa ini, ramai yang berminat untuk menceburi ternakan ikan air tawar ini, tetapi maklumat untuk pembeli dan penjual amat terhad. Disamping itu juga saya akan sentiasa memperbaharui segala maklumat mengenai panduan permulaan menternak ikan air tawar/udang galah ini. Saya akan nyatakan maklumat terperinci mengenai benih ternakan mengikut jenis ikan/udang,harga benih ternakan dan hasil baka ternakan,cara /teknik menjaga@menternak benih. Untuk mencari penjual,saya akan senaraikan produk ternakan ikan/udang yang dikehendaki. Disamping itu, maklumat untuk mencari penjual dan mencari pembeli seperti nombor telefon dan juga alamat lengkap turut disertakan. Oleh itu, pembeli dan penjual untuk ternakan ini akan dapat berhubung antara satu sama lain mengikut kesesuaian masing-masing. Amat menyenangkan untuk kedua-dua belah pihak tanpa bersusah payah untuk mencari maklumat yang dikehendaki secara terus.