Thursday, November 13, 2014

  SKIM PENSIJILAN LADANG AKUAKULTUR MALAYSIA (SPLAM) Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) merupakan satu Skim Sukarela (Voluntary Scheme) bertujuan bagi menggalakkan amalan akuakultur yang baik dan lebih bertanggungjawab di peringkat ladang. Skim ini ditadbirkan oleh Jabatan Perikanan bagi pihak Kementerian Pertanian Malaysia dan menekankan kepada pelaksanaan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) di peringkat ladang (HACCP at source). Pengusaha ladang akuakultur dikehendaki memenuhi beberapa kriteria tertentu, diikuti dengan proses permohonan, siasatan, audit dan kelulusan sebelum boleh diberi pertimbangan untuk dianugerahkan sijil sebagai tanda pengiktirafan. Dengan pengiktirafan ini, ianya memberi hak kepada pengusaha ladang untuk menggunakan logo SPLAM bagi memasarkan hasil ternakan dalam tempoh sahlaku sijil. Skim ini merangkumi cara penyediaan Program Jaminan Kualiti (Quality Assurance Programme, QAP), kerja-kerja pengauditan dan penganugerahan sijil kepada ladang yang layak. Perlaksanaan Skim ini melibatkan ladang-ladang seperti berikut :Ternakan Ikan Air Tawar Dalam KolamTernakan Ikan Air Tawar Dalam TangkiTernakan Ikan Air Tawar Dalam SangkarTernakan Ikan Air Tawar Dalam KepunganTernakan Udang Air Tawar Dalam KolamTernakan Udang Laut dalam KolamTernakan Ikan Laut Dalam KolamTernakan Ikan Laut Dalam SangkarTernakan Ikan Laut Dalam KepunganPembenihan IkanPembenihan Udang LautPembenihan Udang Air TawarPembenihan Ikan Air TawarTernakan Ikan AkuariumTernakan Kerang-kerang PROSEDUR PERMOHONAN a. Pra-Syarat Permohonan Pengusaha ladang akuakultur yang memohon untuk mendapatkan sijil SPLAM hendaklah memenuhi pra syarat seperti berikut:-Ladang-ladang akuakultur hendaklah didaftarkan dengan Jabatan Perikanan.Perlu memenuhi syarat dan kriteria pengiktirafan SPLAM. b. Permohonan Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan SPLAM-01/03 Jabatan Perikanan Malaysia, yang boleh didapati di Pejabat-pejabat Perikanan Negeri masing-masing atau yang berdekatan. Borang permohonan hendaklah disertai dengan Dokumen QAP dan dihantar kepada:- Urusetia SPLAM Bahagian Pengembangan dan Pengurusan Jaminan Kualiti Ikan Jabatan Perikanan Malaysia Aras 1 - 6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62628 Putrajaya ATAU melalui Pejabat-pejabat Perikanan Negeri yang berkaitan. c. Penerimaan Butir-butir permohonan akan disemak sama ada lengkap atau tidak. Sekiranya permohonan lengkap, ianya akan diterima untuk urusan pensijilan selanjutnya. Status permohonan akan dimaklumkan kepada pengusaha sama ada layak untuk mendapatkan sijil atau tidak. d. Permohonan Semula Permohonan semula hendaklah dibuat sekiranya:Pengusaha ladang tidak memenuhi kriteria SPLAM atau;Pengusaha ladang lewat untuk menetapkan persetujuan tarikh bagi Audit Pematuhan daripada mengemukakan laporan 'adequacy audit' atau;Sebarang Tindakan Pembetulan CAR yang tidak dilakukan dalam tempoh setahun tanpa sebarang justifikasi bermula daripada tarikh Audit Pematuhan secara berterusan. e. Bayaran Permohonan yang diterima akan dikenakan bayaran proses (processing fee) sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja). Manakala, permohonan yang layak mendapat sijil sahaja akan dikenakan bayaran sebanyak RM 2,000.00 (Ringgit: Dua Ribu Sahaja) sebelum sijil dikeluarkan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek/postal order yang dibayar atas nama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Sebarang pertanyaan mengenai Skim ini dan Borang Permohonan menyertainya boleh diperolehi dari: Urusetia Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) Jabatan Perikanan Malaysia Aras 1 - 7, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62628 Putrajaya Tel : 603- 88704000 Fax : 603- 88889972