Wednesday, April 11, 2007

Skim Pinjaman Untuk Penternak dan Siswazah

BANK Pertanian Malaysia (BPM)

menyediakan pelbagaijenis pinjaman pertanian kepada
pelanggan-pelanggan melalui pembiayaan secara konvensional atau perbankan Islam.
Pinjaman pertanian adalah pinjaman yang digunakan bagi tujuan pengeluaran, pemprosesan
dan pasaran komoditi pertanian serta aktiviti yang boleh dibiayai di bawah akta BPM.
Terdapat pelbagai skim pinjaman yang diberikan oleh BPM kepada pe-minjam yang layak.
Antara yang biasa dipohon bagi pelbagai projek pertanian, penternakan dan perikanan adalah
Skim Tabung untuk Makanan (3F) dan Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah
(SUTKS) .

SKIM USAHAWAN TANI KO-MERSIAL SISWAZAH

Objektif
Untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah dan
mewujudkan siswazah tani komersial.

Kelayakan
Siswazah menganggur yang berminat dalam sektor pertanian dan
mahu menjadikan pertanian sebagai kerjaya sepenuh masa.

Program SUTKS
i. Program Sangkutan
● Kursus induksi bagi persediaan
sebelum menceburkan diri dalam
projek pertanian.
● Latihan praktikal dalam projek
pilihan dengan peminjam Bank selama
satu hingga tiga bulan.
● Elaun dibayar RM20 sehari atau
maksimum RM500 sebulan semasa
latihan
ii. Program Pembiayaan
● Selepas menamatkan latihan di
atas, peserta layak memohon pinjaman
BPM bagi memulakan projek
yang dipilih

Program yang layak dibiayai
● Aktiviti pengeluaran dan pemprosesan
makanan merangkumi
tanaman, perikanan dan ternakan.
● Aktiviti huluan berkaitan dengan
pengeluaran makanan seperti
pengeluaran benih ikan dan pengeluaran
makanan ternakan.
● Digalakkan projek yang cepat
mengeluarkan hasil.
● Pembiayaan merangkumi modal
tetap dan modal kerja.
Syarat
i. Nilai Pembiayaan
● Sehingga 100% daripada kos projek
● Had maksimum RM50,000
ii. Tempoh Pembiayaan
● Maksimum enam tahun
iii. Kaedah Pembiayaan
● Pembiayaan adalah secara Al-
Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar
keuntungan 3% setahun
iv. Bayaran Balik
● Bayaran balik bermula apabila
projek mengeluarkan hasil
v. Cagaran / Jaminan
● Sekurang-kurangnya seorang
penjamin yang berpendapatan tetap
atau dijamin oleh salah seorang daripada
keluarga pemohon, sama ada
bapa, ibu atau adik beradik atau
sokongan daripada ketua kampung
atau jabatan kerajaan yang berkaitan
dengan projek yang dijalankan.
vi. Perlindungan Takaful
● Peminjam individu dikehendaki
mengambil takaful gadai-janji
●Kos premium boleh dijadikan sebagai
sebahagian daripada pembiayaan
vi. Bayaran Pemprosesan
● RM50 bagi pinjaman sehingga
RM30,000
● RM100 bagi pinjaman melebihi
RM30,000
vii. Yuran Guaman
● Nilai bayaran guaman ialah
0.5% daripada nilai pembiayaan tertakluk
kepada nilai minimum RM20


Objektif Skim 3F
■ Meningkatkan pengeluaran
makanan dalam negara
■Mengurangkan import makanan

Tujuan Skim 3F
Untuk menyediakan kemudahan
pinjaman /pembiayaan bagi tujuan:
■ Pengeluaran makanan utama
atau asasi
■ Pemprosesan makanan dengan
syarat bahan mentah utama adalah
sumber dalam negara
■ Pemasaran dan pengedaran
produk pertanian

Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan adalah
seperti berikut:-
■ Individu atau syarikat hakmilik
warganegara Malaysia (sekurangkurangnya
51 peratus)
■ Warganegara yang menetap di
Malaysia

Projek yang layak adalah
seperti berikut:

1. Pengeluaran makanan
Untuk pengeluaran makanan utama
seperti ikan (termasuk makanan
laut), sayur-sayuran, buah-buahan
dan ternakan.
2. Pemprosesan dan pengawetan
Untuk pemprosesan dan pengawetan
makanan utama dengan syarat
bahan mentah adalah daripada
sumber dalam negara
3. Pemasaran
Untuk pemasaran produk pertanian
yang dihasilkan di Malaysia
4. Projek berorientasikan eksport
Projek yang berorientasikan eksport
dengan syarat sekurang-kurangnya
setengah daripada keseluruhan pengeluaran
dijual di dalam negara.

Had pinjaman
a. Had maksimum - 90 peratus
jumlah kos projek atau RM5 juta
dimana yang terendah
b. Had minimum – adalah
RM10,000 bagi setiap projek.

Tempoh Pinjaman
Maksimum lapan tahun daripada
tarikh pengeluaran wang pinjaman
atau pembiayaan pertama.

Kadar Faedah
Kadar faedah pinjaman adalah
3.75 peratus setahun dikira atas baki
bulanan.

Cagaran
Bercagaran penuh

Permohonan
Pemohon perlu mengemukakan
maklumat asas dengan lengkap untuk
mempercepatkan pemprosesan permohonan
pinjaman seperti berikut:

a. Latar belakang pemohon maklumat
peribadi, pekerjaan, pendapatan,
harta, tanggungan
b. Maklumat pengurusan
Carta organisasi dan pengalaman
mengendalikan projek.
c. Aliran kewangan
Anggaran kos, tetap/ operasi dan
pendapatan
d. Sumber kewangan
Modal sendiri, pinjaman diperlukan
dan sumber lain
e. Pasaran
Tempatan/ eksport, nama pembeli,
harga pasaran dan agihan
f. Laporan Penyata Kewangan
Perniagaan
Perlu mengemukakan laporan
penyata kewangan untuk tiga tahun
terakhir.
g. Cagaran
Nyatakan jenis cagaran yang dikemukakan.
Segala pertanyaan dan permohonan
mengenai SUTKS atau 3F boleh
dikemukakan kepada Pejabat Negeri
atau Cawangan Bank Pertanian yang
terdekat atau di talian 03-27311600
Unit Penilaian Pinjaman.
Skim Pinjaman untuk BPM
penternak dan siswazah

Sumber dari Utusan Malaysia 14 Jun 2006..
Semoga dapat dijadikan rujukan.

Untuk panduan ebook dan pakej ebook kami..
Sila hubungi fishplaza2@gmail.com untuk tempahan.