Penglibatan usahawan Melayu dalam ternakan udang berskala komersial pada masa ini masih lagi berkurangan dan lebih jelas lagi kalau dikatakan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan usahawan bukan bumiputera.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama agensi di bawahnya menggembleng peladang bumiputera bagi menarik minat kaum Melayu terus menceburi bidang pertanian, ternakan dan ternakair dengan menyediakan berbagai kemudahan dan insentif yang mampu memberi pulangan lumayan.
Menyedari berbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan, mendorong minat anak muda Encik Zulkifli bin Idris yang berusia 28 tahun pada ketika itu mula berjinak dalam mempelajari selok belok menternak udang harimau yang begitu popular dilaksanakan oleh PPK Sg.Chenaam, Pulau Pinang pada tahun 1999. Beliau yang kini telah berumah tangga dan mempunyai dua orang cahayamata melibatkan diri sepenuh masa dalam aktiviti penternakan udang.
Pengalaman selama tiga tahun dalam ternakan udang harimau banyak membantu dan membolehkan beliau meneruskan usahanya dalam menerokai projek baru iaitu industri ternakan udang putih di atas tapak yang sama. Usaha ini mula dilaksanakan diawal tahun 2002 dengan sokongan keluarga dan bantuan serta bimbingan PPK Sg. Chenaam.
Peringkat permulaan beliau hanya membuat kerja baik pulih dan mengubahsuai dua buah kolam yang sedia ada. Setiap satu kolam yang berukuran 0.4 hingga 0.5 hektar mampu menampung 500,000 ekor anak benih udang setiap kolam sepusingan. Setahun, setiap kolam boleh menjalankan dua pusingan penternakan.
Menurut beliau projek ternakan udang putih ini jauh lebih mudah berbanding udang harimau, di mana risiko penyakit dan peratus kematian agak rendah. Udang putih ini dikatakan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih baik disebabkan ia gemar berada di pertengahan paras air kolam.
Memandangkan percubaan awal memberi pulangan dan menghasilkan pendapatan lumayan, usaha ini terus dikembangkan. Sehingga kini beliau mempunyai empat buah kolam yang diusahakan sepenuh masa dengan ternakan udang putih di mana setiap kolam dapat menghasilkan 3 – 4 tan udang sepusingan dengan purata jualan RM 10,000 / tan. Kesemua kolam ini diusahakan di kawasan tanah seluas lima hektar.
Pada peringkat permulaan beliau menghadapi pelbagai masalah dalam pasaran udang putih. Pengalaman semasa menternak udang harimau banyak mengajar beliau menjadi lebih bijak mengatur strategi pemasaran untuk mendapatkan harga tinggi dipasaran. Udang putih mula dipasarkan apabila mencapai umur 90 - 120 hari. Pemunggutan hasil dilakukan empat kali secara berperingkat-peringkat bertujuan untuk mengurangkan kepadatan dan meningkatkan pembesaran udang ketahap maksimum. Hasil udang akan dijual secara runcit atau borong di pasaran tempatan pada harga RM10.00 -RM13.00/kg.
Bagi beliau berada di kolam udang setiap hari amat menyeronokan, prinsipnya mudah saja “bekerja sendiri, rajin dan tidak kenal erti jemu” itulah kata hikmat yang membawa kejayaan usahawan muda ini. Tugas dari awal pagi hingga ke malam sudah menjadi perkara biasa dalam menjalankan kerja rutin mengikut jadual yang dilakukan sebanyak empat kali sehari.
Menurut beliau, jika udang diberi makanan yang mencukupi dan bersesuaian akan cepat membesar, sihat dan berkualiti. Kerja merawat kolam dengan ubatan yang tertentu dapat memastikan udang tidak dijangkiti penyakit.
Pemeriksaan terhadap bekas (tray) makanan dilakukan bagi menentukan peratus udang hidup. Sementara itu peralatan seperti paddle wheel perlu diperiksa agar sentiasa berfungsi selama 20 jam sehari untuk meningkatkan tahap keperluan oksigen yang tinggi. Bagi beliau, setiap kerja perlu dirancang terlebih dahulu dan tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.
Menurut Zulkifli, kejayaan beliau adalah hasil kerjasama dari semua pihak yang telah membantu dan membimbing beliau melalui kursus dan latihan di Lembaga Pertubuhan Peladang, PPK Sungai Chenaam, Jabatan Perikanan dan Pergerakan Belia 4B serta sokongan bantuan kredit sebagai modal pusingan. Bagi beliau, untuk menjadi seorang usahawan bukan semudah yang disangka. Sehingga kini beliau masih lagi berhadapan dengan pelbagai seperti masalah bekalan dan harga diesel yang tinggi. Kos penyelenggaraan yang semakin meningkat juga mempengaruhi pulangan terhadap projek ternakan udang putih.
Beliau juga berpandangan jauh. Baginya permintaan pasaran udang putih ini tidak akan mencukupi. Oleh itu, beliau berharap akan dapat mengembangkan lagi projek ini walaupun amat mencabar dan memerlukan sumber modal besar. Beliau juga menyeru agar lebih ramai usahawan Melayu tampil menceburi projek ini yang terbukti memberi pulangan menguntungkan.
Perbincangan terhadap projek penting bagi memastikan ia berjalan lancar.
Tuesday, November 14, 2006
Friday, November 10, 2006
EBOOK PENTERNAKAN IKAN SIAKAP
Panduan Pembenihan benih Ikan Siakap
Antara isi kandungan hasil maklumat yang kami kumpul...
-Pengenalan /Latar belakang Ternakan Ikap Siakap
LANGKAH-LANGKAH PEMBENIHAN REGA
- Bekalan benih Ikan Siakap
- Benih dari laut - Musim Penangkapan
- Benih yang matang
- Cara penangkapan
- Benih-benih yang matang
- Persenyawaan
- Bekalan benih dari ternakan sangkar
- Cara ternakan benih pada peringkat awal
- Cara ternakan benih pada peringakat dewasa
- Penyimpanan dan Penentasan benih
- Pengurusan ternakan rega
- Penyediaan makanan rega
- Pengedaran dan pengangkutan benih
Dapatkan e-book kami hanya...RM10.00 sahaja + e-book percuma;
*************************************
Panduan menternak Ikan Jelawat (free)
-Pengenalan Ikan Jelawat
-Pasaran ikan
-Jenis ikan tempatan
-Makanan
-Cara-cara menternak ikan jelawat
-Kos perbelanjaan dan Pendapatan
-Modal Pembinaan kolam
-Modal penyenggaraan
- Modal Makanan
- Modal-modal lain
******************************************
Hubungi kami di
fishplaza2@gmail.com

Thursday, November 09, 2006
Jenis ikan air tawar dan nama saintifik
Baung - Mystur nemurus
Haruan - Chana strictus
Jelawat - leptobarbus hoeveni
Kaloi - Osphroremus gorami
Kelah - Tor tambroides
Keli - Clarias batracthus
Ketutu - Oxyeleotris marmoratus
Patin - Pangasius
Tilapia - Tilapia mossambica
Sepat siam - Trichogaster pectoralis
Kelisa - Schropages formosis
Udang galah - Macrobrachium rosenberjii
Haruan - Chana strictus
Jelawat - leptobarbus hoeveni
Kaloi - Osphroremus gorami
Kelah - Tor tambroides
Keli - Clarias batracthus
Ketutu - Oxyeleotris marmoratus
Patin - Pangasius
Tilapia - Tilapia mossambica
Sepat siam - Trichogaster pectoralis
Kelisa - Schropages formosis
Udang galah - Macrobrachium rosenberjii
Wednesday, November 08, 2006
E-book - Panduan Asas Akuakultur
ASAS AKUAKULTUR
(Baru!!) - Siap!!!
(E-book ini dalam proses membaikpulih dan menambah kandungan maklumat)
Pengenalan akuakultur
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Akuakultur bermaksud sesuatu kegiatan menggunakan daya dan tenaga buruh untuk membantu meningkatkan pengeluaran organisma yang berguna didalam air.Kegiatan akuakultur melibatkan manipulasi secara langsung dan berhati-hati mengenai faktor-faktor tumbesaran,kematian dan pembiakan organisma tersebut.Asas sistem akuakultur boleh kategorikan dari segi hubungannya pada input dan output organik.
------------------------------------------------------------------------------------------------
E-book kami.
1. Sistem Akuakultur
2. Sistem Kolam
3. Cara-cara membuat kolam
4. Pengurusan Kolam Air Tawar
5. Mengeringkan kolam
6. Mengapur kolam
7. Kegunaan kapur
8. Jenis-jenis kapur
9.Cara mengapur kolam
10. pH
11. Menabur baja
12. Baja binatang
13. Baja kompos
14. Baja kimia
15. Makanan tambahan
16. Penjagaan kolam
17. Kadar Pelepasan ikan-ikan ternakan
18. Sistem sangkar terapung
19. Cara-cara membuat sangkar
20. Kadar pelepasan kolam sangkar
21. Kolam air Deras
22.Cara-cara membuat kolam air deras.
23. Kolam simen/fibre glass
24. Kolam simen untuk pembenihan secara berpasangan
25. Pengurusan Harian dan Bulanan
26. Penyakit – penyakit Ikan
27. Penyakit Primer
28. Penyakit sekunder
29. Penyakit yang disebabkan oleh parasit
30. Penyakit yang disebabkan oleh endoparasit (parasit dalaman)
31. Penyakit yang disebabkan oleh kulat
32. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria
33. Penyakit yang disebabkan oleh virus
34. Tanda tanda penyakit
35. Rawatan
36. Cara-cara rawatan
37. Pengawalan penyakit
38. Faktor-Faktor Tekanan
39. Suhu
40. Sumber dan Mutu Air
41. Pengendalian
42. Faktor Kesesakan
43. Makanan
44. Ciri-Ciri Kolam
45. Pengawalan Patogen
46. Kembung perut
47. Khidmat bantuan jabatan perikanan
48. Musuh-musuh ikan dalam kolam dan sangkar
49. Burung
50. Biawak
51. Alat-alat kelengkapan akuakultur
52. Alat pengudaraan
53. Alat pengepam air
54. Contoh Pengiraan kos ternakan kolam

Kepada sesiapa yang inginkan maklumat tertentu yang tidak terdapat didalam fishplaza boleh juga menghubungi kami di fishplaza2@gmail.com
Dapatkan e-book asas teknik permulaan akuakultur ini..
Harga kami hanya RM16.00...
Wednesday, November 01, 2006
Usahawan muda
Bidang pertanian seperti ternakair memerlukan modal permulaan yang besar. Walaupun mempunyai modal yang mencukupi sesuatu projek ternakair tidak akan berjaya diusahakan tanpa semangat dan usaha gigih.
Bagi Encik Najeemuddin @ Salim Haji Ibrahim, 33 tahun, usaha dan sokongan kewangan serta kebijaksanaan membuat keputusan membolehkan sesuatu projek pertanian berdaya maju. Kita mungkin berjaya dalam menguruskan projek yang ada sehingga mengeluarkan hasil tetapi selalu lupa tentang strategi pemasaran. Tanpa strategi pemasaran yang tepat kita akan mengalami kerugian berganda.
Beliau yang telah beristeri dan mempunyai dua orang anak merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Pahat Utara. Setelah tiga tahun mengusahakan ternakan udang harimau, beliau yakin setiap orang pasti akan berjaya jika berusaha bersungguhsungguh di samping mempelajari sesuatu yang baru dalam penambahbaikan projek.
Menceritakan penglibatan awal dalam ternakan udang harimau, minat timbul setelah beliau memiliki tanah seluas 9.2 hektar di Kampung Telok Bakong, Sungai Kajang berdekatan muara sungai Batu Pahat. Pada pandangan beliau tanah yang dikelilingi hutan paya bakau dan berdekatan
laut ini amat sesuai jika diusahakan dengan ternakan udang harimau.
Menyedari usaha tersebut akan memberi keuntungan, berbekalkan modal sendiri beliau mula mengusahakannya pada tahun 2001 dengan pembinaan 5 buah kolamdisebahagian tanah tersebut dan pada awal tahun 2002 ternakan udang dimulakan. Menurutnya sebelum memulakan ternakan udang harimau, beliau terlebih dahulu menjalani kursus ternakan udang anjuran Jabatan Perikanan Negeri Johor.
“Kita perlu mencari idea dan belajar daripada apa yang kita lakukan untuk penambahbaikan agar ia memberi keuntungan yang lebih tinggi. Selain itu kita jangan terlalu cepat mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan terlebih dahulu kesesuaian terhadap persekitaran seperti cuaca dan keadaan tapak projek”, kata beliau.
Menurut beliau lagi dalam mengusahakan ternakan udang harimau, teknologi diperolehi dari Thailand dan telah diubahsuai menggunakan Sistem Tertutup. Melalui teknologi ini air akan dimasukkan ke kolam, kemudian dicampurkan bakteria bertujuan menggalakkan pertumbuhan plankton. Langkah ini akan diulangi setiap
Penggunaan sistem gear untuk paddle wheel dapat menjimatkan kos dan memastikan udang mendapat bekalan oksigen secukupnya.
pusingan dengan melihat tahap kandungan plankton dalam kolam.
“Untuk pusingan seterusnya, kandungan plankton dalam kolam perlu dikenalpasti terlebih dulu. Jika air kelihatan hijau berbuih, kandungan plankton masih tinggi maka paras air kolam akan ditambah dan dicampur bakteria. Plankton yang mati akan menunjukkan tanda lapisan lumpur dipermukaan kolam dikenali sebagai “lap-lap” iaitu sejenis asid. Pada tahap ini air akan dibuang dan kolam dicuci bagi menghilangkan lapisan Lumpur atau lap-lap” tambah beliau.
Dalam memastikan kerja-kerja berjalan lancar Najeemuddin menggaji empat orang pekerja dari Thailand yang berpengalaman luas dalam ternakan udang harimau. Beliau turut mendapatkan perkhidmatan pakar dari Thailand dan perunding dari Banting, Selangor. Kerja-kerja rutin yang dilakukan pada sebelah pagi adalah memeriksa kandungan PH air dan memastikan sentiasa berada pada bacaan 7.5 – 8.0 dan memberi makan udang sebanyak tiga kali mengikut masa yang ditetapkan dan diulangi pada sebelah petang.
Pemilihan makanan mesti bersesuaian dengan tumbesaran udang. Makanan udang terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:
i. Makanan No. 1 untuk peringkat permulaan atau selepas benih udang dimasukkan ke kolam.
ii. Makanan No. 2 bagi udang semasa peringkat peralihan anak kedewasa. Bakteriadigunakan untukmembiakkanplankton.
iii. Makanan No. 3 untuk udang dalam peringkat pembesaran.
iv. Makanan No. 4 bagi udang padaperingkat matang.Setiap peringkat makanan udang di atas boleh diperolehi dalam dua gred utama di mana bagi gred pertama berharga RM380/metrik tan dan gred kedua RM350/metrik tan.
Menerangkan tentang penambahbaikan yang dibuat dan difikirkan sesuai adalah sistem paddle wheel. Kebiasaannya paddle wheel menggunakan dua kipas dan ditempatkan sekeliling kolam bagi membekalkan oksigen kepada udang. Setelah diubahsuai menggunakan gear box, paddle wheel dengan 10 kipas setiap satu akan diletakkan di tengah kolam dan disambungkan pada motor. Kaedah ini dapat mengurangkan kos peralatan dan kerosakan kerana motor yang digunakan terletak di tepi kolam untuk mengelakkannya terkena air.
“Bekalan makanan, ubat-ubatan dan alat ganti peralatan yang rosak saya dapat dari Thailand kerana kosnya murah berbanding di Malaysia. Hanya bekalan benih udang sahaja diperolehi dari Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Terengganu kerana benih udang dari Thailand mengalami sekatan tertentu. Di samping itu udang yang diternak saya beri makanan tambahan mengandungi vitamin C bagi mempercepatkan tumbesaran dan menjamin kualiti.
“Udang boleh dipasarkan apabila mencapai umur empat bulan atau 40 ekor/kg. Kaedah pemasaran yang saya jalankan adalah jual mati kerana ini menjimatkan masa dan tenaga. Udang yang diperolehi saya pasarkan kepada pemborong di negeri Perak dengan harga sekitar RM24.00/kg. Walaupun Johor berhampiran negara Singapura tetapi pasaran di sana mengutamakan udang hidup. Satu kolam purata saya dapat tiga metrik tan dan sehingga kini tiga pusingan telah saya usahakan”, ujar beliau lagi.
“Orang akan kata kita bohong kalau tidak mempunyai masalah, bagi saya masalah utama yang saya hadapi ialah ketiadaan kemudahan makmal bagi memperolehi keputusan mengenai kandungan plankton, asid dan penyakit dengan segera. Selama ini segala masalah yang timbul akan saya rujuk kepada pakar dari Thailand dan
biasanya keputusan yang diperolehi mengambil masa.
“Selain itu masalah modal pusingan membeli makanan juga saya hadapi terutama semasa udang sedang membesar. Pada masa ini dengan sokongan PPK saya ada memperolehi pinjaman daripada Lembaga Pertubuhan Peladang melalui Skim Pembangunan Usahawan sebanyak RM20,000”, kata Najeemuddin.
Bercakap mengenai harapan masa depan, beliau ingin mengusahakan ternakan ikan dalam kolam dan membuka restoran makanan laut di atas tanah sedia ada melalui Syarikat Najee Brothers Sdn. Bhd. yang baru ditubuhkan.
Bagi mencapai transformasi dalam bidang pertanian pelbagai teknologi baru diperkenalkan bertujuan meningkatkan hasil. Bidang pertanian dalam kategori tanaman, ternakan dan ternakair telah banyak mengalami perubahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)