Thursday, January 24, 2008

Terengganu pembekal ikan siakap dunia

BESUT 19 Feb. - Terengganu bakal menjadi sebuah negeri pembekal utama ikan barramundi di dunia, apabila projek penternakan ikan dalam sangkar berteknologi tinggi di Tanjung Demong di sini, mengeluarkan hasil 1,200 tan metrik setahun menjelang tahun 2010.
Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, buat permulaan sebanyak enam tan barramundi akan dikeluarkan Ogos ini, selepas projek penternakan ikan tersebut dimulakan 18 bulan lepas.
Menurutnya, pengeluaran barramundi akan terus dipertingkatkan secara berperingkat, sehingga ia mencapai 1,200 tan metrik setahun menjelang tahun 2010.
Jelasnya, projek ternakan ikan tersebut dilakukan oleh TRG Cell Sdn. Bhd. iaitu syarikat usahasama antara Terengganu Agrotech Development Corporation dan Cell Aquaculture Ltd., syarikat pakar dalam bidang akuakultur yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX).
”Jangkaan pengeluaran minimum adalah 1,200 tan setahun manakala peruntukan bagi program pembesaran projek pula adalah RM50 juta,” katanya semasa berucap merasmikan Kompleks Pengeluaran Barramundi Fasa Pertama di Tanjung Demong di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah dan Pertanian negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee; Pengarah TRG Cell Sdn. Bhd., Peter Burns; Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Terengganu (PMINT), Datuk Zakaria Awang dan Pengarah Urusan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd., Ir Adnan Ghazali.
Mengulas lanjut Mazlan berkata, projek ternakan barramundi yang dilengkapi dengan sistem ‘Cell Aquaculture’ berteknologi tinggi dan bersih, menjadi penanda aras dalam industri akuakultur di rantau in