Thursday, January 31, 2008

Info Persidangan Catfish 2007 di Vietnam

CATFISH 2007 Conference

A resounding success and an unforgettable event ! The CATFISH 2007 conference was successfully held from 13-15 June in Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam, dubbed “the Pangasius capital of the world”. This first ever international trade and technical conference on catfish was attended by almost 300 delegates from 28 countries/territories from four continents - Asia, America, Europe and Africa. While about half of the delegates were Vietnamese, the rest came from different countries/territories in Asia (Indonesia, India, China, Thailand, the Philippines, Taiwan, Hong Kong, Japan, S. Korea, Malaysia, Singapore, Myanmar, Cambodia), Europe (UK, Netherlands, Italy, France, Switzerland, Germany, Norway, Denmark, Poland, Russia), Africa (Zambia, Egypt, South Africa) and the USA (which was represented by a big delegation).

The conference was officially opened by the Vice Minister of Fisheries, Vietnam on behalf of the Minister of Fisheries, H.E. Dr. Ta Quang Ngoc. Jointly chaired by Dr. Nguyen Huu Dzung (General Secretary, VASEP), Dr. Frank Chiang (a professor from the National Taiwan Ocean University), Peter Redmayne (President of SeaFare Group, USA) and William More (Vice President and Director, Aquaculture Certification Council Inc., USA), the conference discussed a wide range of topics on the global and regional catfish industry situation, developments in farming technology, certification schemes for sustainable farming, diseases, feed, markets and marketing, processing and other pertinent issues related to the industry. Twenty papers were presented by renowned speakers from the US, Europe, Asia and Vietnam, and a lively discussion followed each session.

It was highlighted that ‘Catfish’ – be it Pangasius, Ictalurus or Clarias sp – has become an important and popular seafood traded globally with great potential to feed the world and contribute significantly to the economies of the developing countries. All the speakers, however agreed that ‘sustainable’ farming is the keyword and the way forward for the future development of the industry and challenges faced by the industry such as quality related issues, mislabeling, fraud, branding, standardization of the ‘catfish’ name, increasing trade barriers in importing countries etc. need to be addressed. Under this context, some delegates expressed the desire that the conference on catfish should be held regularly every year or once in two years.

On the final day of the conference (15 June), about 50 delegates went on a field trip arranged by VASEP to visit catfish farming and processing activities in the Ben Tre area. All the presentations at the conference including a full list of the delegates are available on sale in CD format. Further details are available from INFOFISH.

TUNA 2008 BANGKOK

TUNA 2008 BANGKOK
10th INFOFISH World Tuna Trade Conference & Exhibition
• 28 - 30 May 2008
Significant developments have taken place in the global tuna industry since Tuna 2006 . Among the major issues faced by the industry are: increasing production and marketing costs, changing consumer demand in major markets, skyrocketing tuna raw material prices, stricter stock management measures, effect of climate changes on tuna catches, declining stocks, sustainability related issues and environmental activism.
The resilient tuna industry however has so far responded positively with better efficiency in production, aggressive and creative marketing strategies, product innovation and market diversification to survive in an increasingly competitive and ever changing business environment.
The much-awaited TUNA 2008 will certainly be the best forum for the industry players to keep abreast with the latest trends and developments, exchange views and initiate new business deals and renew old contactcs with partners from all over the world. TUNA 2008 addressed by renowed speakers will particularly take a close look at the current major issues facing the global tuna industry

Thursday, January 24, 2008

Terengganu pembekal ikan siakap dunia

BESUT 19 Feb. - Terengganu bakal menjadi sebuah negeri pembekal utama ikan barramundi di dunia, apabila projek penternakan ikan dalam sangkar berteknologi tinggi di Tanjung Demong di sini, mengeluarkan hasil 1,200 tan metrik setahun menjelang tahun 2010.
Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, buat permulaan sebanyak enam tan barramundi akan dikeluarkan Ogos ini, selepas projek penternakan ikan tersebut dimulakan 18 bulan lepas.
Menurutnya, pengeluaran barramundi akan terus dipertingkatkan secara berperingkat, sehingga ia mencapai 1,200 tan metrik setahun menjelang tahun 2010.
Jelasnya, projek ternakan ikan tersebut dilakukan oleh TRG Cell Sdn. Bhd. iaitu syarikat usahasama antara Terengganu Agrotech Development Corporation dan Cell Aquaculture Ltd., syarikat pakar dalam bidang akuakultur yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX).
”Jangkaan pengeluaran minimum adalah 1,200 tan setahun manakala peruntukan bagi program pembesaran projek pula adalah RM50 juta,” katanya semasa berucap merasmikan Kompleks Pengeluaran Barramundi Fasa Pertama di Tanjung Demong di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah dan Pertanian negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee; Pengarah TRG Cell Sdn. Bhd., Peter Burns; Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Terengganu (PMINT), Datuk Zakaria Awang dan Pengarah Urusan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd., Ir Adnan Ghazali.
Mengulas lanjut Mazlan berkata, projek ternakan barramundi yang dilengkapi dengan sistem ‘Cell Aquaculture’ berteknologi tinggi dan bersih, menjadi penanda aras dalam industri akuakultur di rantau in

Friday, January 04, 2008

Kerapu

Petikan dari akhbar .

BESUT, 29 Jan -- Suatu ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik.Ramai lebih menggemari ikan laut yang lain seperti Aya, Tamban, Tenggiri, Bawal, Selar Kuning dan Selayang.Namun kini keadaan itu berbeza kerana spesies ini mendapat permintaan yang semakin tinggi dan bakal menjadi ikan marin ternakan komersil utama di negara ini menjelang tahun 2010.

Jabatan Perikanan mengenal pasti Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus sebagai antara spesies ikan yang berpotensi untuk diusahakan oleh penternak ikan dalam kolam dan sangkar di negara ini secara besar-besaran berdasarkan pasaran dan cara pemeliharaan yang lebih mudah serta sesuai dengan iklim negara.

Kerapu terdiri daripada pelbagai jenis -- badan yang berbintik dan berbelang-belang ialah Kerapu Hijau (Epinephelus Coioides) .Manakala antara jenis yang lain ialah Kerapu Harimau (Epinephelus Fuscoguttatus), Kerapu Pisang (Plectropomus Leopardus), Kerapu Sunoh (Plectropomus Maculatus) dan Kerapu Tikus (Cromeleptis Altivelis).

KERAPU KERTANG
Bagaimanapun Jabatan Perikanan telah memilih Kerapu Kertang (Epinephelus Lanceolatus) untuk dikomersialkan di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut memandangkan ia merupakan antara spesies mempunyai nilai komersial yang tinggi.Ketua PPPIL Tanjung Demong Hussin Mat Ali berkata pusat itu mensasarkan untuk mengeluarkan ikan tersebut sebanyak 122,000 tan metrik sebelum 2010.Bagi memastikan sasaran itu tercapai, pihaknya terpaksa menghasilkan 100 juta benih spesies kerapu daripada 2,200 bilangan ikan induk bagi membolehkan ia diedarkan kepada penternak di seluruh negara dalam tempoh tersebut."Spesies ikan kerapu hidup hampir di keseluruhan perairan dunia itu dan ia dipilih memandangkan pasarannya yang kompetitif hanya dengan kos minimum berbanding spesies ikan marin yang lain yang memerlukan kos yang tinggi." katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini.

TIDAK BANYAK MASALAH
Menurut Hussin, proses pembenihan dan penjagaan spesies kerapu tidak menimbulkan banyak masalah kerana ia boleh diternak melalui sistem dalam tangki tertutup atau dalam kolam air yang terkawal.Beliau berkata, kerapu kertang pula mampu membesar sehingga 40 kg dalam tempoh yang singkat dan ia boleh dipasarkan sebaik sahaja mencapai keberatan 1.5 kg dengan harga RM60-RM70 setiap satu kg."Buat masa ini PPPIL mempunyai lebih 30 induk kerapu Kertang yang setiap satu beratnya melebihi 40 kg untuk tujuan pembenihan," katanya.

Selain kerapu, PPPIL juga sedang berusaha menyediakan 100 juta benih dari 4,000 induk ikan Siakap, 150 juta benih dari 6,000 induk ikan Merah dan 50 juta benih dari 400 ekor induk ikan Cobia.

Dianggarkan Terengganu pada masa kini mempunyai seramai 150 penternak ikan marin laut yang menggunakan sistem ternakan sangkar yang berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan seorang.

Penggunaan teknologi baru iaitu teknologi hatchery dan ternakan ikan marin berasaskan akuakultur kitar semula (Recirculating Aquaculture System) dijangka mampu menambahkan lagi pendapatan mereka kerana produk akuakultur ikan marin mencapai harga pasaran yang lebih tinggi khususnya di Eropah.

PENYELIDIKAN
Mengimbas kembali aktiviti penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut di Malaysia, Hussin berkata ia telah diasaskan sejak awal tahun 70-an lagi.Bagaimanapun pembangunan industri itu agak lembab sehinggalah pada tahun 1980-an, menyebabkan wujudnya jurang permintaan dan bekalan benih ikan marin tempatan yang begitu ketara sekali sehingga kebanyakan pengusaha hatchery enggan melibatkan diri dalam bidang tersebut.Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan penternak lebih suka mendapatkan benih-benih import yang terdedah dengan ancaman pelbagai jenis penyakit serta sukar dikawal.

Menyedari hakikat ini Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (IPP) mempelopori aktiviti penyelidikan pengeluaran benih di negara ini di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) pada 1982.Bagaimanapun, mulai 1985, aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih ikan laut berpindah ke Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut, Terengganu yang mula beroperasi pada 1984.

BENIH IKAN LAUT
Dari 1990 hingga 1998, pelbagai penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut telah berjaya dijalankan yang antara lain melibatkan spesies ikan kerapu biasa atau Orange-Spotted Grouper, Jenahak (Golden Snapper), Siakap Merah (Mangrove Red Snapper), Kerapu Harimau (Brown-Marbled Grouper) dan ikan Bawal Emas (Golden Pomfret).Kejayaan Gondol Research Institute of Mariculture (GRIM), Bali, Indonesia yang berjaya mengeluarkan benih pelbagai spesies ikan marin termasuk jenis kerapu secara komersial, menguatkan lagi azam PPPIL untuk menyaingi kejayaan tersebut."Kita yakin akan dapat menyaingi kemajuan pengeluaran ikan negara-negara industri perikanan yang lebih maju seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Indonesia dan Thailand dengan program yang teratur dalam tempoh empat tahun ini," katanya.