Friday, June 29, 2007

Nemo




KEMUNCULAN spesies ikan karang iaitu jahan (clownfish) dengan nama Nemo dalam filem animasi kartun Finding Nemo menjadikan spesies itu terkenal dan mendapat perhatian ramai khususnya kanak-kanak dan peminat ikan perhiasan secara tiba-tiba.Ia mencetus fenomena tersendiri di kalangan pengusaha ikan perhiasan akuarium.

Malah, bilangan ikan itu yang dijual juga bertambah, kata pengurus kedai akuarium dan ikan perhiasan, Siew Cheng Hoo, 24.Beliau yang menguruskan 88 Marine Aquarium Center (88 Marine) di Subang Jaya berkata, permintaan terhadap spesies ikan karang lain dan akuarium menggunakan air masin juga meningkat ekoran kemunculan Nemo.

“Selepas filem itu ditayangkan, orang ramai mula mencari clownfish untuk dipelihara. Ia juga menunjukkan perubahan aliran minat memelihara ikan air tawar kepada ikan laut yang ternyata lebih cantik.“Ikan laut berwarna-warni dan fizikalnya juga cantik.

Harganya yang mahal tidak menjadi masalah kepada peminat ikan itu asalkan mereka puas hati dapat memiliki set akuarium yang cantik,” katanya.Di kedainya terdapat pelbagai pilihan kelengkapan untuk akuarium. Menurutnya, kedai 88 Marine menyediakan kelengkapan dari A sampai Z untuk sebuah akuarium pelbagai saiz. Anda boleh tanya apa saja dan anda akan dapat di 88 Marine. Daripada semurah 60 sen hinggalah kepada RM5,500, semuanya tersedia di kedai itu.

Beliau berkata, jika pelanggan berminat memiliki dan memelihara ikan laut, pihaknya bersedia membantu dengan memberikan khidmat nasihat serta memasang set akuarium serta mengisi ikan sekali gus. Jika ingin memilih corak dan susun atur dalam akuarium, beliau dan petugas 88 Marine boleh memberi kepuasan daripada segi pemilihan batu karang dan susun atur akuarium.“Ada akuarium ikan laut disediakan sebagai contoh kepada pembeli. Ia berharga RM530 siap dengan ikan, batu karang dan kelengkapan lain.

Friday, June 08, 2007

PELUANG LATIHAN AKUAKULTUR

Kursus dan latihan

Objektif
* Meningkatkan kemahiran penternak/pengusaha dengan kaedah dan amalan baik akuakultur yang moden dan mampan.
* Meningkatkan prokduktiviti hasil ladang
* Memindahkan teknologi akuakultur kepada penternak dan pengusaha.
* Menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak dan pengusaha akuakultur.

Kelayakan pemohon
* Warganegara Malaysia
* Berumur antara 18-60 tahun
* Mempunyai kesihatan yang baik

Permohonan

* Borang KA1/04 yang boleh didapati dari Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri

Lokasi

Kursus akuakultur air tawar

Pusat ikan hiasan
Kuala kangsar , Perak
05-7576300
Faks: 05-7578335
email : pupae57@tm.net.my

Kursus akuakultur air payau

Institut akuakultur air payau
Kota Kuala Muda, Kedah
04-4374021
Faks : 04-4374470
Email: pppbuk@po.jaring.my

Friday, June 01, 2007

Contoh-contoh kolam ternakan ikan air tawar

Contoh-contoh ternakan ikan yang dibuat di Malaysia. Semoga dapat dijadikan panduan untuk memulakan ternakan ikan air tawar.











Contoh Kolam sangkar



Contoh Kolam Kanvas




Contoh Kolam Simen